Blues Untuk Aku antara komik yang meletup pada era lewat 90′an dahulu. Tapi untuk kipas mati Blues Untuk Aku, masih ada yang tertanya-tanya apakah kesudahannya tentang Blues Untuk Aku apabila ia tergantung separuh jalan. Ini disebabkan pelukisnya Brader Aie yang aku kagumi mempunyai pergolakan di dalam Majalah Ujang dan keluar dari situ. Tak tahulah apa sebab sebenarnya, secara tidak langsung Blues Untuk Aku diambil alih oleh kartunis lain yang menyebabkan konsep watak dalam Blues Untuk Aku dah jadi ‘carca merba’.
Kartunis Aie kembali dengan Majalah sulung beliau yang dinamakan Aku dan Sesuatu dan ada juga pihak yang tidak berpuas hati, akhirnya hilang begitu sahaja. Sekarang nie dah tak dengar perkembangan Kartunis Aie nie. Sesiapa yang tahu cerita Kartunis Aie sekarang nie, boleh ler share… Untuk peminat dan kipas susah mati Blues Untuk Aku, saya sediakan khas wallpaper yang diambil dari Majalah Ujang pada zaman kegemilangan komik ini dahulu… Harap-harap Kartunis Aie terbitkan semula komik Blues Untuk Aku nie…
Klik untuk banyak lagi Galeri Blues Untuk Aku
Klik ‘View Image’ Untuk Saiz Besar
Komik Abe juga antara komik terbaik hasil dari Kartunis Aie
















